Tuesday, April 21, 2009

jelak

GENEVA: Persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai perkauman kecoh apabila Presiden Iran mengutuk kekejaman Israel, menyebabkan wakil negara Barat bertindak keluar dewan forum.

Mahmoud Ahmadinejad, dalam ucapannya, mengkritik pembentukan "kerajaan yang benar-benar perkauman di wilayah Palestin yang diduduki" dan "rejim perkauman paling zalim"."

Majlis Keselamatan membantu menstabilkan rejim ini dan menyokongnya sejak 60 tahun lalu, sekali gus memberikan mereka kebebasasan untuk meneruskan jenayah mereka," katanya yang jelas merujuk rejim Zionis itu walaupun tidak menyebut namanya.

Amerika Syarikat yang mengetuai 10 negara memboikot persidangan itu berkata kekecohan itu menunjukkan keputusan Washington itu adalah tepat.

Jurucakap Rumah Putih, Robert Gibbs, berkata Presiden Barack Obama amat tidak bersetuju dengan kenyataan pemimpin Iran itu."

Ini retorik kebencian. Ia adalah antara sebab mengapa pentadbiran dan presiden berpendapat penyertaan dalam persidangan itu bukan sesuatu yang bijak," katanya. - Agensi

god bless brave Mahmoud Ahmadinejad

more : Ahmadinejad explains his logic on racism

No comments:

0 comments: